Kurang sambutan, tiada lagi penerbangan komersial di Melaka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Disebabkan kerugian akibat daripada kurang sambutan, dua syarikat penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) kini terpaksa memberhentikan operasinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, penerbangan komersial di Melaka dihentikan selepas satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan, Wings Abadi Air turut menamatkan jadual perjalanannya.

Menurutnya, penamatan penerbangan dari Pekanbaru, Indonesia ke Melaka itu dibuat selepas syarikat mengalami kerugian ekoran permintaan yang terlalu rendah.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka, Khairulnizam Kasim turut berkata penerbangan komersial adalah penting untuk pertumbuhan industri hospitaliti tempatan.

 

2

 

Menurutnya, lapangan terbang itu memainkan peranan penting dalam memastikan hasil yang stabil untuk hotel dan industri berkaitan.

Pemberhentian penerbangan komersial itu juga tidak tepat pada masanya, di mana Melaka sedan dalam persiapan untuk Tahun Melawat Melaka 2024.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Bahagian Melaka ,Goh Hock Gin berkata pemberhentian perkhidmatan penerbangan komersial juga akan memberi kesan kepada pelancongan perubatan.

Beliau berkata penerbangan terus sebelum ini dari Pulau Pinang dan Pekan Baru ke LTAM merupakan rangsangan kepada industri pelancongan perubatan tempatan.

 

Sumber: The Star dan Utusan Malaysia

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, pihak berkenaan memaklumkan akan memberikan laporan penuh mengenai pengoperasian…