Perubahan EV pasaran tempatan, legasi Datuk Aishah yang perlu dihargai

oleh Danial Yasin Suhaimi|
​Pada bulan Februari yang lepas, industri automotif tempatan dikejutkan dengan berita sedih mengenai pemergian Allahyarham Datuk Aishah Ahmad yang merupakan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) selama labih 20 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Allahyarham adalah muka dan jurucakap bagi Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sejak tahun 2000 lagi. Beliau memegang jawatan di MAA berdasarkan jawatannya sebagai pengarah Jaguar Land Rover Malaysia.

Kematiannya di Jeddah pada usia 71 tahun amat mengejutkan kerana beliau sentiasa dikenali sebagai seorang wanita sihat yang gemar bermain golf.

Pemergian Datuk Aishah pasti akan sangat dirindui, kemahiran dan kebolehannya untuk bercakap sehinggakan kebanyakan pemain besar dalam industri automotif mahukan beliau sebagai jurucakapnya.

 

2

 

Sepanjang kerjayanya dalam industri, beliau terpaksa berjalan dalam garis halus antara mewakili industri automotif, mengambil berat tentang kedudukan korporatnya dalam kumpulan Sime Darby dan menjaga agar tidak dilihat sebagai pengkritik kerajaan apabila dasar negara menunjukkan cita-cita jangka pendek yang tidak realistik.

Berasal dari sekolah klasik pembuat kereta British, beliau merupakan seorang yang tegas dengan kakitangannya dan berjimat cermat dengan wang.

Pada tahun 2018, panel wartawan automotif pada Car of the Year telah mengundi Datuk Aishah sebagai Automotive Man of the Year, terima kasih kepadanya, anugerah itu kini digelar sebagai Automotive Person of the Year.

Pemergiannya yang mengejutkan datang pada titik perubahan kedua-dua industri automotif Malaysia dan global.

 

3

 

Setelah berpuluh tahun pasaran global didominasi oleh jenama dari Eropah, US dan Jepun, ini adalah kali pertama China muncul sebagai pembuat kereta terbesar di dunia.

Bagi pembeli kereta Malaysia juga, ini adalah kali pertama kereta dengan kerjasama syarikat China dapat mendahului dalam senarai jualan.

Kereta Jepun telah mendominasi pasaran di British pada tahun 70-an, dan diambil alih oleh kereta jenama Korea Selatan pada tahun 2000-an. Kini, giliran China untuk memimpin.

Pada peringkat global, EV kini sedang berkembang, dan berkemungkinan akan menggantikan kereta berkuasa enjin pembakaran dalaman pada masa akan datang.

 

4

 

Disebabkan ketegangan perdagangan antara US-China pada masa kini, pembuat kenderaan elektrik dan pengeluar bateri EV dari Asia dan Eropah perlu mempelbagaikan beberapa kapasiti pengeluaran mereka kepada blok neutral seperti Asean.

Malaysia dan negara anggota Asean harus mempertimbangkan dengan teliti Akta Pengurangan Inflasi (IRA) Presiden US Joe Biden, yang bertujuan untuk melindungi industri kereta EV di US.

IRA mungkin menjadikan EV lebih mahal untuk pembeli kereta di US dalam jangka pendek dan pertengahan, tetapi ia juga akan berfungsi untuk melindungi industri EV US.

Pembuat EV dan pembuat bateri EV dari CATL (China), Honda (Jepun) dan LG (Korea Selatan) telah mengarahkan semula pelaburan dan R&D mereka ke US sebagai tindak balas kepada IRA.

 

5

 

Zerova Technologies merupakan salah satu daripada beberapa syarikat Taiwan yang memenuhi permintaan yang meningkat untuk kereta yang lebih hijau di US.

Sebagai pembuat sistem pengecasan kenderaan elektrik, ianya menavigasi elemen perlindungan perdagangan IRA dengan teliti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jay Yang, berkata bahawa usaha untuk meminimumkan pergantungan kepada China dalam rantaian bekalan EV akan menggalakkan pembuat kereta mengalihkan pembuatan ke US.

Menurutnya lagi, Zerova mempunyai kemudahan pembuatan di US dan sumber bahannya dari sana.

 

6

 

Perbelanjaan buruh yang lebih tinggi, bermakna kos operasi adalah 80% lebih tinggi berbanding Asia, yang menurutnya perlu diserahkan kepada pengguna, oleh itu, kos infrastruktur pengecasan Zerova boleh berganda kerana IRA.

Walaupun begitu, IRA merupakan perkara yang baik untuk US kerana EV akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam jangka panjang, tambahnya lagi.

Walaupun pasukan petugas EV yang terdiri daripada kementerian perdagangan dan industri antarabangsa (MITI), Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah berusaha keras untuk mendapatkan insentif tambahan dalam Bajet 2023, hanya beberapa pengecualian cukai EV telah diluluskan oleh kementerian kewangan.

Keputusan Tesla yang berpangkalan di US untuk melabur dalam import, pengedaran dan penjualan kenderaannya di Malaysia serta menubuhkan rangkaian pengecasan supernya sendiri, baru-baru ini yang diumumkan oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tengku Zafrul Aziz merupakan perkembangan yang ketara.

 

7

 

Ini bermakna Malaysia membuka laluan baharu untuk pembuat kereta EV dan ingin menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif sedia ada yang sehingga kini menghalang aliran masuk teknologi EV terkini.

MITI dan agensinya, MARii, wajar diberi pujian untuk mencapai perubahan tersebut kerana dunia baharu kereta EV juga mengandungi teknologi dalam bentuk Pemanduan Autonomi.

Pemanduan Autonomi pada tahap minimum 2 diperlukan untuk kereta Tesla yang diimport ke Malaysia di bawah Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) MITI.

Ini bermakna Malaysia mesti berazam untuk meneruskan usaha baharunya dalam menjadi negara paling mesra pelabur asing di Asean bagi EV serta industri E&E baharu dan sedia ada yang dijangka berkembang di sekitar EV dan Pemanduan Autonomi.

Dorongan ke arah perubahan tersebut akan menjadi salah satu cara yang baik untuk menghormati legasi Datuk Aishah dalam industri automotif tempatan.

 

Sumber: Yamin Vong

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir…
Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…