MAA - Jualan kereta susut 4% kepada 71,908 unit pada November 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jumlah jualan kereta di Malaysia pada November menyusut 4 peratus kepada 71,908 unit berbanding 74,896 unit dalam Oktober, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Dalam satu kenyataan media hari ini, MAA berkata jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) itu melebihi 70,000 jumlah jualan bulanan untuk kali ketiga tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan tahun ini setakat November 2023 pada 718,748 unit menunjukkan peningkatan 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu 644,534 unit.

Katanya, ini menunjukkan potensi untuk melepasi TIV tertinggi sepanjang masa tahun lepas sebanyak 720,658 unit untuk tahun penuh 2023.

Selain itu, jumlah pengeluaran industri bagi November 2023 sebanyak 67,743 unit adalah jauh lebih rendah berbanding 74,191 unit pada Oktober 2023.

Angka ini menunjukkan penurunan ketara sebanyak 8.67 peratus jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya.

MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.

- kebiasaannya hujung tahun semestinya jualan kenderaan menurun sebab nak beli tahun depan melainkan ada pelepasan cukai SST sebelum tahun depan -

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…
Berita Domestik
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, jumlah keseluruhan…