Peraduan Design For Speed untuk Pasukan Proton R3 yang telah menjuarai dalam kelas M-pengeluaran dalam perlumbaan Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS)

oleh SALINA JALIL|
Pasukan Proton R3 (R3) dan Proton Iriz 2019 telah menguasai Pusingan 4 Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) dengan meraih dua kemenangan, sekaligus menjadikan pemandu-pemandu pasukan, Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali sebagai pemenang keseluruhan bagi kelas M-pengeluaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pada masa yang sama, Proton Saga 2019 turut berlumba buat kali pertama yang dipandu oleh Admi Shahrul yang membuat kemunculan semula. Selepas layak dan bermula di petak ketujuh, jentera baharu itu berjaya menduduki tempat keempat dalam perlumbaan pertamanya sebelum berjaya mendapat podium di tempat ketiga pada hari Ahad.
 

 

Pada masa yang sama, pasukan Proton R3 menyasarkan kemenangan MCS dan Sepang 1000km pada bulan November nanti.  Pasukan R3 kini mendahului kedua-dua kategori pemandu dan pasukan dalam kejuaraan bagi kelas M-Pengeluaran. 
Dengan hanya satu pusingan lagi dalam siri 2019 ini, pasukan itu yakin mampu mengekalkan kedua-dua gelaran.

 

Dalam perlumbaan pertama, Suprima S dan Iriz milik pasukan Proton R3 memulakan perlumbaan di barisan hadapan dan mengekalkan kedudukan tersebut. Saga pula menduduki tempat keempat tetapi berjaya berganjak ke tangga ketiga sebelum tamat perlumbaan.

 

Iriz kekal sebagai kereta terpantas dan telah meraih kemenangan kedua pada hujung minggu lalu.

Saga kemudian memperbaiki prestasinya dengan melebihi satu mata yang membolehkannya menduduki tempat ketiga sekaligus mendapatkan kedudukan podium untuk perlumbaan pertamanya itu.

 

Pasukan R3 juga turut mempelawa pereka Malaysia yang berbakat untuk menyertai pasukannya di S1K.

 

Melalui Pencarian Pelumba Wanita dan Program Mentor yang diumumkan untuk mengendalikan kereta-kereta Proton di dalam siri Malaysia Speed Festival (MSF), Pasukan Proton R3 telah melancarkan satu peraduan yang membolehkan para peserta menyertai pasukan tersebut dan turut berpeluang melihat sendiri rekaan mereka diletakkan pada kereta lumba Proton.

 

Peraduan Design For Speed menjemput semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghantar rekaan paling kreatif mereka untuk diletakkan pada kereta lumba Proton Saga yang akan dikendalikan oleh R3 dalam perlumbaan S1K bermula dari 22-24 November. 

 

Hadiah wang tunai akan diberikan kepada tiga pereka terbaik serta jemputan VIP untuk menghadiri perlumbaan tersebut. 

 

 

Pemenang hadiah utama akan menyaksikan rekaan mereka dihiaskan pada salah satu daripada dua Proton Saga R3 yang menyertai perlumbaan itu, dan ini memastikan rekaan mereka dilihat oleh ribuan peminat perlumbaan Malaysia


"Ini merupakan kali pertama R3 menjemput orang ramai menghantar satu rekaan untuk salah sebuah kereta lumba kami. Kami ingin para pemenang peraduan merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada pasukan yang paling berjaya dalam S1K di mana rekaan mereka akan dibawa mengelilingi litar. Pemenang Pencarian Pelumba Wanita juga akan bersaing pada acara yang sama bersama pemandu sedia ada kami, jadi pasukan R3 sangat menantikan acara ini di mana kami mengharapkan kemenangan kelima dan ketiga berturut-turut," kata Gary Lee, selaku Ketua Pasukan Proton R3.


Butiran lanjut mengenai peraduan dan bagi mendapatkan templat rekaan, sila layari: https://www.proton.com/en/promotions/design-for-speed-contest-2019

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Engear, divisyen R3 dikatakan akan menawarkan semula produk-…
Berita Domestik
Menggelarkan motosikal itu sebaagai DuaKati, ia menggunakan unit pengecas turbo dari Daihatsu Mira…
Sukan Bermotor
Dengan kemenangan untuk tiga kali berturut-turut serta yang kelima secara keseluruhan perlumbaan…