Menggelarkan motosikal itu sebaagai DuaKati, ia menggunakan unit pengecas turbo dari Daihatsu Mira.
Intercooler pula menggunakan radiator Yamaha Y15ZR (Y-suku) yang diubahsuai.
Selain dari itu, sistem ECU perlumbaan MoTec M800 turut digunakan untuk memngawal fungsi enjin silinder tunggal ini.
Throttle body 42 mm datang dari Y-Suku, sesuai untuk enjin yang telah dibesarkan saiz gerek untuk menjadikan isipadunya dari 175 cc kepada 230 cc atau 250 cc.
Larry juga menggunakan klac kering seperti Ducati dahulu untuk meningkatkan prestasi hantaran tenaga jentera Jaguh turbo itu.
Kemudahan memiliki mesin pelarik CNC sendiri memang banyak membantu Larry dalam usaha modifikasi ini.
Antara komponen yang dibuat sendiri oleh Larry termasuk kit pembesar gerek, piston, lengan ayun belakang dan juga roda aloi.
Larry sebenarnya bukan muka baharu dalam bidang modifikasi. Bekas ahli pasukan perlumbaan Proton, anak Melaka ini mempunyai jenama komponen perlumbaannya sendiri, Tonnka.
Menurut laman web Tonnka, produk utama jenama itu ialah manifold dan racing header. Antara pengguna tegar barangan Tonnka ialah juara drift negara, Tengku Djan Ley.
Untuk informasi lanjut tentang barangan Tonnka, lawati laman web mereka di https://tonnka.com