Pasukan Proton R3 dinobatkan sebagai juara dan naib juara di perlumbaan Sepang 1000KM

oleh SALINA JALIL|
Pasukan Proton R3 (R3) telah menamatkan musim 2019 dengan memenangi perlumbaan Sepang 1000km (S1K) untuk tiga tahun berturut-turut. Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Fariqe Hairuman menguasai perlumbaan walaupun keadaan cuaca yang buruk.


Berikutan itu, perlumbaan hanya berakhir selepas sembilan jam dan bukannya 181 pusingan seperti yang dijadualkan. Kegembiraan bertambah untuk pasukan R3 apabila Proton Saga 2019 yang dipandu Syafiq Ali dan Admi Shahrul dinobatkan di kedudukan kedua.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kemenangan untuk tiga kali berturut-turut serta yang kelima secara keseluruhan perlumbaan S1K, Proton menjadi syarikat pengeluar berjaya dalam sejarah acara itu.

 


Pemandu wanita pula berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Terdapat tiga penyertaan dari pasukan Proton R3 bagi perlumbaan S1K pada tahun ini dan kereta ketiga terdiri daripada pasukan wanita. 
 

 

Nurul Husna dan Faye Kusairi dipilih melalui peraduan Pencarian Pemandu Wanita MSFR3 yang memberi peluang kepada pelumba-pelumba wanita yang bercita-cita untuk bersaing di dalam perlumbaan S1K.

 

Pemandu utama pasukan itu ialah Leona Chin, merupakan pelumba wanita terpantas di Malaysia.

 

Isu teknikal yang berlaku semasa pusingan kelayakan membuatkan pasukan Proton Saga 2019 memulakan perlumbaan di kedudukan ke-26. Walaupun begitu, pelumba-pelumba wanita tersebut berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh secara keseluruhan dan yang pertama di kalangan semua pemandu wanita. 
 

 

"Untuk berjaya di dalam perlumbaan permotoran memerlukan model-model kereta yang bersesuaian untuk perlumbaan, kemahiran juruteknik sehinggalah kepada pemandu serta pelaburan dari segi masa serta kewangan dan kejayaan pasukan R3 merupakan pelaburan dan langkah yang bijak," kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

 


Dr. Li Chunrong turut memuji pasukan pemandu wanita dengan berkata bahawa mereka telah membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing di arena sukan permotoran yang didominasikan oleh lelaki dan Proton berbangga telah memberikan peluang untuk menonjolkan bakat mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…