R3 bakal tunjuk taring sebenar, lebih banyak model, produk prestasi dan khidmat talaan ditawarkan kelak

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kemunculan model jelmaan jentera lumba R3 (Saga R3 dan Iriz R3 Limited Edition) pada awal tahun 2021 yang lebih bersifat kosmetik, ini mungkin sekali berita yang mampu mengujakan para peminat Race, Rally & Research.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada rakan media Engear, divisyen R3 dikatakan akan menawarkan semula produk-produk prestasi untuk barisan model Proton.

Dalam satu temubual bersama CEO Proton Global Sales (PGS), Lee Yeet Chuan dan CEO Proton Edar, Roslan Abdullah, divisyen R3 akan beroperasi seperti dahulu, dan bukan sekadar operasi perlumbaan tanpa sebarang penawaran barangan prestasi.
 

R3


Selain daripada kelengkapan prestasi, R3 juga berhasrat untuk menawarkan khidmat penalaan dan ubahsuai kepada model-model Proton untuk menarik peminat R3.

Dalam pada itu, Roslan Abdullah menambah, "Kami pada masa ini masih mengkaji, yang paling penting saya beritahu YC (Yeet Chuan) kita tak mahu model R3 tetapi bila dilihat pada geran hanya ditulis Proton Saga (contoh).”

“Jadi kami mahu hasilkan R3 yang ada dalam geran pendaftaran. Untuk melakukannya, akan ada banyak proses tambahan dan kami mahu menyeimbangkannya dengan harga.”
 

R3


“Kami perlu jual pada harga yang betul dan juga bekerjasama dengan pihak berkuasa”, terang Roslan.

Ini akan turut melibatkan proses kelulusan jenis kenderaan (Vehicle Type Approval, VTA) dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan nama R3 muncul di dalam geran kenderaan.

Selain daripada model-model Saga dan Iriz, Roslan juga tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan penawaran barangan R3 terhadap model SUV Geely, seperti Proton X50 dan Proton X70.
 

R3


Selain daripada produk pelincir yang dilancarkan baru-baru ini, R3 juga akan menawarkan produk-produk prestasi seperti suspensi, kit badan, pelekat kustom dan juga set rim dalam masa terdekat.

Sumber: Engear

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menggelarkan motosikal itu sebaagai DuaKati, ia menggunakan unit pengecas turbo dari Daihatsu Mira…
Sukan Bermotor
Dengan kemenangan untuk tiga kali berturut-turut serta yang kelima secara keseluruhan perlumbaan…
Sukan Bermotor
Jentera Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Farique Hairuman berjaya mendominasi…