Penstrukturan semula - 4,300 pekerja kolar putih Nissan bakal terjejas, 2 kilang ditutup

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan penurunan kadar penjualan kenderaan Nissan di seluruh dunia, ditambah pula dengan kes penahanan dan pelarian Carlos Ghosn, ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada operasi Nissan di peringkat global.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut laporan terkini daripada Reuters, Nissan berkemungkinan besar dipaksa untuk mengambil langkah yang kurang popular demi menjimatkan sekurang-kurangnya 480 billion yen (RM17.98 billion) menjelang tahun 2023. 

Ini termasuklah mengurangkan jumlah pekerja kolar putih sehingga 4,300 orang, menutup dua kilang pemasangan selain mengurangkan model kenderaan dan varian yang ditawarkan untuk beberapa pasaran. 

Pengeluar kedua terbesar di Jepun itu turut mengambil langkah mengurangkan kos pengiklanan serta pemasaran model-model terbaharu pada masa akan datang. 

Kebanyakan pekerja yang terjejas hanya akan melibatkan ibu pejabat Nissan yang bertempat di Amerika Syarikat dan Eropah, buat masa ini. 
 


Menurut satu sumber yang rapat dengan isu berkaitan, kebanyakan langkah yang disebut di atas telah pun mendapat lampu hijau daripada barisan pengarah pada November lalu. 

Sumber itu turut menambah, kebanyakan model kenderaan baharu yang diperkenalkan di India, Russia, Afrika Selatan dan Asia Tenggara di bawah jenama Datsun tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

Apa yang lebih membimbangkan, eksekutif Nissan di ibu pejabat Yokohama menjangkakan sehingga 40 peratus daripada kapasiti pengeluaran global Nissan tidak digunakan atau kurang digunakan. 

Wakil Nissan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berkenaan isu yang dibangkitkan. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bampar depan menggabungkan warna hitam kilat dan kotak jeriji warna perak. Bahagian depan turut…
Berita Global
Samarium, sejenis unsur logam yang berwarna putih perak dan digunakan untuk membuat magnet dan…
Berita Global
Walau bagaimanapun, berbeza dengan satu lagi pembuat kereta Jepun yang telah memutuskan untuk…