'Pengganti tidak rasmi' GT-R bakal muncul, bawakan trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Ada satu berita baik untuk para peminat model berprestasi tinggi jenama Nissan.

Menurut laporan Autocar, pengeluar Jepun itu merancang untuk membangunkan sebuah kereta sports hibrid yang dijangka tiba sebelum akhir dekad ini, dijangka menjadi model pengganti tidak langsung kepada Nissan GT-R.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh CEO Nismo, Takao Katagiri, di mana pihaknya akan memperkenalkan model yang paling menarik di bawah jenama Nismo, khususnya untuk pasaran UK.

Ia bakal dipasarkan di beberapa buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan juga United Kingdom - negara yang kini tidak lagi menerima kehadiran model Z disebabkan undang-undang emisi.
 

Nissan


Malah, awal tahun lalu Nissan GT-R telah dikeluarkan daripada senarai jualan disebabkan oleh isu yang sama.

Ini bermakna, model yang masih lagi belum mempunyai nama rasmi ini bakal menjadi satu-satunya kereta sports Nissan di Eropah.

Katagiri menjelaskan model baharu ini bakal membawakan trenkuasa hibrid, di mana ia merupakan 'kombinasi' EV dan juga hibrid, berkemungkinan besar ia sebuah kereta sports dengan ciri plug-in hybrid.

Sebelum ketibaan model baharu itu, Nissan akan melancarkan beberapa buah model EV yang lebih arus perdana sebagai pelengkap kepada penawaran Ariya dan juga LEAF.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pilih kesemuanya untuk dijadikan koleksi? Idea bagus. Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan…
Berita Global
  Model istimewa GT-R Track edition engineered by NISMO dan Track edition engineered by NISMO T-…
Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…