Penampilan pertama Polestar 1 di Festival Goodwood

oleh Mohamad Hanif|
Prototaip pertama kereta sports hibrid daripada syarikat penala kenderaan Volvo, Polestar 1 bakal membelah jalan bukit di Festival Goodwood pada pertengahan Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polestar 1 tersebut bakal dipandu oleh ketua pemandu uji Polestar, Joakim Rydholm. 

Selain daripada pandu uji tersebut, Polestarcars bakal menayangkan dua unit produksi sebenar Polestar 1 pada festival tersebut bagi menarik perhatian para pembeli yang berpotensi. 

Polestar 1 bakal memasuki pasaran Amerika Utara sekitar 2019 dengan harga jualan $155,000 (RM617,551++) dan bayaran pendahuluan sebanyak $2,500 (RM10,000++). 

Polestar 1 menggunakan enjin 2.0 liter dengan dua kuasa induksi pendesak iaitu turbo dan pengecas lampau yang mampu mengeluarkan sejumlah 608 PS hasil bantuan daripada motor elektrik serta menghasilkan daya kilas sebesar 1,000 Nm. 

 


Selain daripada imej acah yang dikeluarkan oleh pihak Polestar seperti gambar di atas, ​​​​tiada sebarang info lanjutan berkenaan spesifikasi mahupun prestasi kereta sports hibrid daripada Polestar ini. 

Sama-sama kita menunggu kemunculan Polestar 1 pada Goodwood Speed Festival bulan hadapan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …