Polestar ambil alih fasiliti Saab di Sweden, kembangkan operasi R&D Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Polestar dilapor akan mengembangkan operasi penyelidikan dan pembangunan syarikat itu di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran kereta Saab seluas 15,000 kaki persegi yang terletak di Trollhattan, Sweden.

Fasiliti itu sebelum ini digunakan oleh Saab dan National Electric Vehicle Sweden (NEVS) untuk pembangunan trenkuasa.

Menurut laporan Automobilwoche, pusat R&D baharu itu akan memfokuskan kepada pembangunan dan pengujian trenkuasa elektrik bagi model Polestar 5 dan roadster Polestar 6.

Berdasarkan laporan terdahulu, sedan fastback Polestar 5 bakal dilancarkan pada tahun 2025 dengan menggunakan casis spaceframe aluminium, senibina elektrik 800 voltan, dan pengalaman pemanduan sifar emisi yang mampu menyaingi Porsche Taycan.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…