Menurut laporan daripada Teslarati, seorang pengguna Reddit (u/scarls13) telah memuat naik sekeping gambar mengenai larangan kemasukan model-model EV Chevrolet (terutama model Bolt EV) ke lot parkir luar di San Francisco.

Sebelum ini, pihak GM telah menyarankan para pemilik Bolt EV supaya tidak mengecas kenderaan mereka melebihi 90 peratus SoC (State of Charge), atau membiarkan kereta terus digunakan dengan jarak tersisa bawah 70 km, selain meletakkan kenderaan di luar fasiliti bagi mengelakkan risiko kebakaran yang lebih teruk.
Malah, produksi Chevrolet Bolt juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan GM kini tidak lagi mempercayai bateri yang dibuat oleh LG Chem, sehinggalah pengeluar bateri itu tampil dengan solusi untuk menyelesaikan masalah melibatkan ribuan pengguna Bolt EV dan Bolt EUV.