GM sudah temui penyelesaian masalah Bolt EV (akhirnya..)

oleh Mohamad Hanif|
Hanya disebabkan dua masalah dalam pembuatan bateri - komponen pemisah yang terlipat serta anod yang terkoyak - General Motors terpaksa memanggil kesemua unit Chevrolet Bolt EV yang berkemungkinan mempunyai risiko terbakar sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, mereka juga terpaksa menghentikan sementara produksi Bolt EV sehingga penyelesaian terhadap masalah tersebut ditemukan.

Kini, pengeluar tersebut mengumumkan pelan untuk memperbaiki masalah yang terdapat pada bateri Bolt EV dan Bolt EUV iaitu menggantikan modul bateri pada sesetengah kenderaan serta memasang perisian pada kenderaan yang tidak memerlukan penggantian bateri.

Selain daripada itu, kilang bateri LG juga turut mengumumkan proses produksi telah diteruskan semula dengan modul bateri yang telah ditambahbaik akan mula diedarkan menjelang pertengahan Oktober ini.
 

Bolt


Tidak semua model Bolt yang akan menerima modul bateri baharu, memandangkan GM hanya akan menggantikan modul pada model kenderaan tahun 2017 hingga 2019, dengan jaminan sehingga lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km.

Sementara model Bolt tahun 2020 hingga 2022 hanya akan digantikan pek baterinya setelah pemeriksaan mendapati ia perlu ditukar.

GM juga akan turut memasang perisian diagnostik pada kenderaan untuk mengesan kemungkinan bateri mengalami kerosakan, di mana ia akan memberikan peringatan kepada pemilik.

Menurut laporan daripada Automotive News, kempen panggil semula yang dibuat baru-baru ini melibatkan lebih daripada 110,000 buah kenderaan di Amerika Syarikat.

Produksi Bolt yang terhenti sebelum ini hanya akan disambung semula pada 15 Oktober ini.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana untuk tempoh suku keempat tahun 2021 (Q4 2021), General Motors sekadar menjual sebanyak…
Berita Global
Dalam satu emel, GM menyarankan pemilik untuk meletakkan kereta di tingkat teratas lot parkir, atau…