Chevrolet Bolt EV tanpa pemandu ditahan kerana tidak pasang lampu utama

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemula di bawah naungan General Motors, Cruise sudah pun memulakan operasi teksi autonomi di jalan raya umum San Francisco.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warga tempatan mungkin sudah terbiasa dengan pemandangan tersebut, namun tidak bagi pihak polis.

Di Richmond District, pasukan polis peronda telah menahan sebuah Chevrolet Bolt EV milik Cruise bukan kerana melanggar lampu isyarat, atau memandu secara melulu, akan tetapi tidak memasang lampu utama ketika memandu.

 


Ketika berada di persimpangan, pihak polis mendapat tiada seorang pun pemandu yang berada di belakang stereng, dan dalam satu video rakaman, kereta swapandu itu didapati 'melarikan diri' seketika daripada pihak polis.

Menurut kenyataan daripada pihak Cruise, kereta swapandu tersebut telah diprogramkan untuk melakukan perkara sedemikian (terutama dalam situasi ditahan pihak berkuasa) demi memastikan keselamatan kedua-dua belah pihak.

Dalam video tersebut, anda boleh melihat sendiri bagaimana Bolt EV tersebut bergerak seketika selepas lampu isyarat hijau menyala dan terus memasang lampu kecemasan dan berhenti di tepi setelah mengetahui ia sedang ditahan oleh polis.

 


Berdasarkan kenyataan Cruise di dalam laman mikroblog Twitter, setiap kenderaan swapandu yang beroperasi atas jalan disertakan dengan nombor telefon khas yang boleh dihubungi terus oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan atau tidak diingini.

Tambah Cruise lagi, seorang pegawai polis telah pun menghubungi kakitangan yang bertugas, dan tiada sebarang surat saman dikeluarkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…