GM nasihat pemilik Bolt EV parkir sejauh 15 meter dari kereta lain

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kes kebakaran melibatkan kereta elektrik Chevrolet Bolt EV, General Motors kini mengeluarkan kenyataan yang menyarankan pemilik Bolt EV supaya meletakkan kereta mereka jauh dari kereta lain, sekurang-kurangnya 50 kaki atau 15 meter bagi mengurangkan risiko kebakaran merebak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu emel, GM menyarankan pemilik untuk meletakkan kereta di tingkat teratas lot parkir, atau dek yang terbuka dengan jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari kenderaan.

Amaran ini dikeluarkan setelah pengeluar itu memanggil lebih daripada 140,000 Chevrolet Bolt EV berikutan risiko bateri terbakar secara tiba-tiba.

Sehingga kini, GM telah mengesahkan sekurang-kurangnya 12 Bolt EV terlibat dalam kes kebakaran.

Terdahulu, GM memberikan amaran kepada pemilik supaya tidak membiarkan kereta dicas semalaman tanpa sebarang pengawasan, menyarankan para pemilik Bolt EV supaya tidak mengecas kenderaan mereka melebihi 90 peratus SoC (State of Charge), atau membiarkan kereta terus digunakan dengan jarak tersisa bawah 70 km, selain meletakkan kenderaan di luar fasiliti bagi mengelakkan risiko kebakaran yang lebih teruk.

Dalam perkembangan yang berbeza, Reuters melaporkan produksi Bolt EV akan dihentikan sehingga pertengahan Oktober ini memandangkan Chevrolet masih belum berpuas hati dengan keadaan semasa.

Sumber: CNBC, Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Warga tempatan mungkin sudah terbiasa dengan pemandangan tersebut, namun tidak bagi pihak polis.…
Berita Global
Malah, mereka juga terpaksa menghentikan sementara produksi Bolt EV sehingga penyelesaian terhadap…
Berita Global
Menurut laporan daripada Teslarati, seorang pengguna Reddit (u/scarls13) telah memuat naik sekeping…