Pemandu warga emas mabuk, nyaris rempuh anggota polis

oleh SALINA JALIL|
Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay, di Bayan Lepas, nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki warga emas yang dipercayai mabuk, malam tadi.


Malah, suspek yang berusia 64 turut bertindak agresif ketika ditahan pihak berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku pada jam 10.30 malam.

 

Katanya dalam kejadian itu, suspek cuba melanggar anggota yang bertugas di sekatan jalan raya.

 

"Namun anggota polis berkenaan sempat mengelak daripada dilanggar kenderaan pemandu itu. Lelaki yang memandu kenderaan jenis Ford Fiesta, dipercayai di bawah pengaruh alkohol," katanya kepada NSTP, hari ini.

 

Anbalagan berkata, anggota polis yang berada di sekatan jalan raya itu, bertindak menahan suspek sejurus kejadian.

 

Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan turut memaki hamun anggota yang bertugas.

 

"Ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat 'Screening Device II' (SDII) mendapati bacaan kandungan alkohol melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 218 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah.

 

"Lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian saringan kedua," katanya lagi.

 

Pemandu berkenaan ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sekyen 186 Kanun Keseksaan.

 

 

 

sumber: NSTP

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…