Wanita warga emas hidap demensia pandu lawan arus ditahan di JB

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai memandu sebuah kereta secara melawan arus di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Air Hitam di Johor Bahru pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata wanita berusia 75 tahun itu ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Iskandar Puteri, sejurus video pemanduan secara melawan arus itu tular di media sosial.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu secara melawan arus.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2.50 pagi semalam. Bertindak atas maklumat, kita telah menahan seorang suspek wanita kira-kira jam 4.11 petang Jumaat bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya dia disyaki mengalami masalah kesihatan iaitu dementia.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dijalankan.

Semalam, tular beberapa video memaparkan insiden sebuah kereta dipandu secara berlawanan arus di beberapa aplikasi media sosial.

Dakwa pengguna akaun yang memuat naik video berkenaan, dia percaya warga emas yang menghidap dementia itu memandu seorang diri sejauh 15 kilometer dari Kulai ke Iskandar Puteri.

Dakwanya lagi, terdapat orang awam yang berjaya mengepung kenderaan warga emas berkenaan di sebuah jambatan sebelum bertindak menghubungi polis.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau ditanya oleh pihak media berkaitan kajian dari Universiti Putra Malaysia yang dilakukan…
Berita Domestik
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahid Asik pada Jumaat (17 Mei) dan…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…