Pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula suku kedua 2024

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Rancangan pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang berada di peringkat awalan dijangka dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) pada suku kedua 2024 bagi mengatasi kesesakan di lebuh raya itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pelaksanaan projek pelebaran itu membabitkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road, Bentong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kita jangkakan ia dapat menyediakan lebuh raya selesa, cepat, mudah, cekap dan mampu menangani isu kesesakan trafik yang sering berlaku di KLK, terutama ketika musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

"ANIH Berhad juga sudah melaksanakan obligasi untuk memasang lampu di KLK seperti terkandung dalam perjanjian konsesi.

"Selain itu, kerajaan juga sudah memasang lampu di jajaran Gombak, Terowong Genting Sempah ke persimpangan Central Spine Road yang termasuk dalam skop pelebaran yang akan dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi kesesakan di Plaza Tol Gombak dan Bentong pada sesi lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, projek itu juga antara lain akan mengetengahkan sistem kutipan tol tanpa henti dikenali Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), bertujuan melancarkan pergerakan trafik di plaza tol berkenaan.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan, Khairil Nizam, beliau berkata, pengaktifan lorong pintar menggunakan lorong kecemasan sudah dilaksanakan, namun tidak menyeluruh berikutan spesifikasinya memerlukan kelebaran 2.5 meter (m).

"Bagaimanapun, pengaktifan lorong smart (pintar) sementara tetap dilaksanakan mengikut keperluan berikutan kelebaran laluan kecemasan ketika ini adalah 2.25m.

"Kita sudah memasukkannya dalam skop pelebaran membabitkan sehingga 3m bagi kemudahan lorong smart supaya penggunaan dapat dimaksimumkan," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Informasi
Anih Berhad dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama 2 jam 15 minit itu, bermula di susur…