Lebuhraya KL-Karak ditutup dua jam Khamis ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Laporan dari Bernama menyatakan bahawa Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dari 1.45 tengah hari hingga 4 petang pada 13 Oktober ini.


Anih Berhad dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama 2 jam 15 minit itu, bermula di susur masuk Gombak ke lebuh raya berkenaan.



Orang ramai juga diingatkan agar merancang perjalanan bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya, menurut kenyataan Anih Berhad.



LtdL 2022 akan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober dengan Peringkat 3 dari Putrajaya ke Genting Highlands berlangsung pada 13 Oktober ini.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Keadaan trafik di laluan masih terkawal dan lancar, di mana para petugas dari ANIH dan Lembaga…
Berita Domestik
Ini kerana kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang laluan tersebut telah siap, dan…
Berita Domestik
Beliau menerangkan bahawa trafik menghala ke Bentong ada pada tahap minimum dan hanya ada…