ANIH Bhd umum tol percuma dua hari sempena Deepavali 2023

oleh Mohamad Hanif|
ANIH Berhad selaku pengendali Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) mengumumkan tol percuma sempena perayaan Deepavali 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan berakhir pad 11.59 malam 12 November 2023.
 

tol


Pihak ANIH turut menjangkakan sebanyak 692,000 buah kenderaan akan menggunakan lebuhraya KLK sepanjang tempoh 10 hingga 13 November 2023, peningkatan sebanyak 73 peratus daripada jumlah purata trafik harian biasa.

Jumlah aliran trafik di LPT1 pula diramalkan sebanyak 284,000, atau peningkatan sebanyak 58 peratus daripada jumlah aliran purata trafik harian biasa.

ANIH Bhd menyarankan para pengguna supaya merujuk kepada jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi memudahkan urusan pulang ke kampung halaman masing-masing.
 

ANIH


Selain daripada itu, ANIH Bhd juga akan menambah bilangan kakitangan sokongan terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda, pasukan pusat kawalan trafik (TCC), serta menugaskan 150 anggota RELA di kawasan strategik bagi memastikan kelancaran trafik.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…