Pelancaran rasmi Honda City 2020 di Thailand, 25 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi model hatchback segmen B Jazz/Fit pada Tokyo Motor Show 2019 yang lalu, tiba giliran kembar sedannya pula Honda City 2020 yang bakal mengambil tempat pada penghujung bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berkemungkinan besar juga ia bakal dilancarkan semasa acara Thailand Motor Expo 2019 bersamaan 25 November kelak. 

Dari segi penawaran, Honda menyifatkan model generasi baharu City 2020 bakal mempunyai reka bentuk yang sporty, serta rupa yang lebih mewah dan dalam masa yang sama tidak mengorbankan aspek praktikaliti tersendiri. 

Sebelum ini kami pernah menyiarkan berita di mana pihak Honda Thailand bakal menawarkan City 2020 di bawah kelompok ECO Car Phase II dengan enjin 1.0 liter VTEC turbo (120 PS dan 200 Nm). 

Manakala versi standard pula akan hadir dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter hibrid i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive) bagi menggantikan sistem i-DCD sedia ada. 

Namun, untuk sesetengah pasaran seperti India, Honda berkemungkinan besar akan melengkapkan sedan tersebut dengan enjin diesel 1.5 liter yang telah dinaiktaraf bagi memenuhi piawaian pelepasan emisi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada…
Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian, Honda City generasi baharu ini didatangkan dalam dua penawaran…
Berita Domestik
Pesaing kepada sedan lain seperti Toyota Vios dan Mazda2 Sedan itu ditawarkan dengan enjin yang…