Pelancaran rasmi Honda City 2020 dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah generasi kelima Honda City diperlihatkan secara rasmi di Thailand pada hujung tahun yang lalu, Honda Malaysia akhirnya menunjukkan petanda pelancaran rasmi sedan segmen B tersebut untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pesaing kepada sedan lain seperti Toyota Vios dan Mazda2 Sedan itu ditawarkan dengan enjin yang berbeza, di mana pasaran Thailand mendapat enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang menghasilkan 122 PS dan 173 Nm. 

Sementara pasaran India pula mendapat enjin 1.5 liter i-VTEC (121 PS/145 Nm) dan versi diesel 1.5 liter i-DTEC yang menjana 100 PS dan 200 Nm. 

Untuk pasaran Malaysia, berkemungkinan besar penawaran enjin 1.5 liter daripada City terdahulu akan dikekalkan dengan output 120 PS dan 145 Nm serta transmisi CVT. 

Setakat ini, tiada sebarang informasi atau spesifikasi lanjut berkenaan Honda City 2020 yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada…
Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian, Honda City generasi baharu ini didatangkan dalam dua penawaran…
Berita Global
Menurut laporan daripada IndianAutosBlog.com, mereka berjaya mendapatkan akses kepada dokumen yang…