Honda City generasi kelima - empat varian, Honda SENSING, LaneWatch, harga bermula dari RM74 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi sedan segmen B Honda City generasi kelima untuk pasaran Malaysia, dengan ciri-ciri yang mampu menjadi penanda aras terkini di dalam segmen tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam empat varian, Honda City generasi baharu ini didatangkan dalam dua penawaran trenkuasa, iaitu enjin DOHC VTEC 1.5 liter yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, serta varian RS e:HEV yang dilengkapi trenkuasa i-MMD yang mampu menjana 108 PS dan daya kilas setinggi 253 Nm.

Dari segi penggunaan bahan api, City RS mampu menawarkan bacaan serendah 3.7 liter untuk setiap 100 km, manakala varian petrol 1.5 liter pula menawarkan bacaan sekitar 5.4 liter/100 km.

 


Tiga varian petrol dipadankan dengan transmisi CVT, manakala varian RS pula didatangkan dengan transmisi CVT elektrik (E-CVT) yang menjanjikan pecutan yang lebih lancar dan lebih berkuasa.

City generasi baharu kini 111 mm lebih panjang, 54 mm lebih lebar dan 10 mm lebih rendah berbanding City generasi keempat, dengan penggayaan yang lebih moden seperti lampu utama LED, lampu membelok LED, lampu belakang signatur LED, dan kemasan krom.

 


Sementara varian RS pula mendapat ciri yang lebih agresif seperti gril hadapan hitam berkilat, perumah cermin sisi hitam, serta rekaan rim aloi bersaiz 16 inci yang ternyata berbeza jika dibandingkan dengan varian City yang lain.

Untuk keselesaan penumpang, City generasi baharu diberikan corong pendingin hawa baris kedua secara standard, tempat duduk balutan kulit (varian V dan RS), sistem infotainmen 8 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan kluster meter interaktif 7 inci dan brek parkir elektronik (untuk varian RS sahaja).

 


City baharu juga menampilkan beberapa ciri pertama yang terdapat di dalam kelasnya, merangkumi Honda LaneWatch, brek parkir elektrik (varian RS), penghidup enjin kawalan jauh, serta ciri Honda SENSING yang terdiri daripada:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Sistem Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Lampu Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Ia melengkapi ciri keselamatan pasif seperti enam beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Brek, ISOFIX, dan Bantuan Mula Mendaki.

 


Harga jualan adalah seperti berikut:

  • City 1.5S - RM74,191.27
  • City 1.5E - RM81,664.82
  • City 1.5V - RM86,561.45

Harga jualan untuk varian RS e:HEV hanya akan diumumkan menjelang Januari 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada…
Berita Domestik
Pesaing kepada sedan lain seperti Toyota Vios dan Mazda2 Sedan itu ditawarkan dengan enjin yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada IndianAutosBlog.com, mereka berjaya mendapatkan akses kepada dokumen yang…