Honda City generasi kelima catat 9,000 tempahan

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia mengumumkan Honda City terbaharu yang merupakan generasi kelima mencatatkan hampir 9,000 tempahan sejak dilancarkan pada Oktober lalu.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,400 unit sudah diserahkan kepada pembeli dengan peningkatan tempahan sebanyak 80 peratus dalam tempoh sebulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada jumlah tempahan yang didahului dari wilayah tengah sebanyak 44 peratus, utara (22 peratus) dan selatan (19 peratus)," katanya dalam kenyataan media.

 

Menurutya, model Honda City Serba Baharu ini turut diterima baik terutama dari golongan pekerja, eksekutif muda dan yang baru bekeluarga di mana mereka mengambil peluang tawaran harga terbaik menerusi insentif pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun.

 

Empat varian ditawarkan terdiri daripada City RS e:HEV, V, E dan S untuk enjin petrol dengan 1.5L DOHC i-VTEC baharu dengan kuasa kuda 121PS dan tork maksimum 145Nm.

 

Untuk pasaran Malaysia Honda City terbaharu ini dijual pada harga RM74,191 (S), RM81,664 (E) dan RM86,561 (V) di mana semua harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan sehingga Disember 2020.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…