PEKEMA santuni 300 anak yatim, golongan asnaf sempena Aidilfitri 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PEKEMA meneruskan lagi Program Ihya Ramadhan & Shopping Raya Yayasan PEKEMA yang telah diadakan di Mydin Mall Subang, semalam (18 Mei 2019).

Seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak yatim dan golongan asnaf telah diberi peluang untuk membeli kelengkapan pakaian bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

 


Antara penerima sumbangan adalah Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Manar, Pertubuhan Dar Asnaf Fateeh Al-Idrisiah Selangor, Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM), Sekolah Kebangsaan Beranang dan anak-anak yatim sekitar Kg. Bukit Lancong.

Sebanyak RM60,000 telah diperuntukkan kepada seramai 300 orang penerima dimana setiap penerima akan diberi peluang untuk memilih sendiri kelengkapan pakaian hari raya tidak melebih RM200 seorang.

 


Program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nik Izani Nik Ibrahim, Timbalan Presiden PEKEMA bersama-sama barisan AJK PEKEMA dan kakitangan PEKEMA.

Program hari ini pula akan mengambil tempat di Mydin Mall Semenyih. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perjanjian tersebut mensasarkan pembinaaan kira-kira 1,000 buah stesen pengecas di seluruh negara…
Berita Domestik
Menerusi perjanjian ini, MARii dan PEKEMA akan bekerjasama membina 1,000 buah stesen pengecas (DC)…
Berita Domestik
Pemain-pemain industri juga secara umumnya berpendapat lebih dari 4,000 pengedar kenderaan terpakai…