COVID-19: 50 ribu pekerja industri automotif mungkin hilang pekerjaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih kurang 50,000 pekerja tempatan dari pengedar serta pengimport kenderaan bakal berdepan dengan mimpi ngeri kehilangan pekerjaan sekiranya wabak coronavirus ini berpanjangan selama dua bulan.

Pendapat ini dikongsi oleh seorang pemerhati pasaran kepada New Straits Times.
Modenas

Pemain-pemain industri juga secara umumnya berpendapat lebih dari 4,000 pengedar kenderaan terpakai dan re-con (baik pulih import) dan juga pengimport kenderaan akan mempunyai masalah meneruskan perniagaan masing-masing kerana tidak mampu menjual kenderaan, menanggung stok yang banyak dan kuasa membeli yang lemah di samping kos operasi yang tinggi.

Pemerhati pasaran berkata industri automotif tempatan terkesan teruk kerana kilang kenderaan dan pengedarnya ditutup setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Presiden Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata ahli-ahli Pekema mempunyai komitmen bulanan lebih dari RM35 juta untuk kos operasi mereka.

Pekema yang mempunyai 177 ahli itu berkata pihak persatuan tidak mampu untuk menanggung kos operasi melebihi dua bulan.

Zainuddin menerangkan secara purata, setiap ahli mempunyai kos operasi sebanyak RM200,000 untuk penggajian, bil utiliti dan kos sewa sebulan. 

Ia mempunyai lebih kurang 9,000 pekerja di seluruh negara.

 

 

Ahli-ahli Pekema juga mempunyai stok kenderaan tidak terjual sebanyak lebih dari 18,000 unit, tidak termasuk stok yang sedang dibawa masuk dari Jepun dan UK (kiraan sehingga 1 Mac).

Zainuddin juga berharap pihak kerajaan akan membenarkan ahli-ahli Pekema untuk menggunakan wang dari Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera (KWADAB).

Ahli Pekema akan menyumbang sebanyak RM10,000 kepada dana di bawah kawalan kerajaan itu untuk setiap kenderaan terjual. Sejak ia ditubuhkan dalam tahun 2010, dana itu dipercayai mempunyai jumlah terkumpul  RM2.8 billion.

Presiden Persatuan Syarikat Pengedar Kereta dan Kredit untuk Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin berkata 4,000 dari ahli persatuan itu mempunyai stok antara 70,000 hingga 80,000 kenderaan terpakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

 

 

 

 

"Kami sukar untuk menjual kenderaan semasa tempoh PKP dan pemanjangannya akan menyebabkan penjual terpaksa mengurangkan harga jualan bagi menarik pembeli.

Itu akan menyebabkan kemerosotan sektor automotif negara," kata Khoo.

"Kami mempunyai jumlah pekerja seramai 40,000 orang dan ahli-ahli kami berbelanja sebanyak RM120 juta sebulan untuk membayar gaji, sewa dan utiliti," tambahnya.

"Kami mempunyai simpanan untuk operasi selama dua bulan tanpa sebarang jualan tetapi jika ia lebih dari tempoh itu, kami perlukan bantuan dari bank," ujar Khoo.


* Berita asal dari New Straits Times

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata teknologi…
Hezeri Samsuri
Malah siaran akhbar itu menekankan sektor automotif tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang…
Berita Domestik
  "Setelah berbincang dengan pihak polis, kami akan memberikan sedikit kelonggaran untuk beberapa…