1,000 stesen pengecas akan dibina menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) memeterai memorandum perjanjian (MoA) bersama Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bagi membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi perjanjian ini, MARii dan PEKEMA akan bekerjasama membina 1,000 buah stesen pengecas (DC) di seluruh negara menjelang 2025, selain membangunkan aplikasi e-pembayaran, pencarian stesen pengecasan, sistem pengurusan bateri serta rangkaian pusat servis bagi ekosistem pengecasan EV.

Menurut Dato' Zainuddin Abdul Rahman, Presiden PEKEMA berkata, untuk tahun ini sahaja sudah 11 buah stesen pengecas telah dibina. PEKEMA juga komited terhadap pembangunan pusat perkhidmatan lepas jualan, mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi baharu, dan mempercepatkan adaptasi tenaga tenaga hijau boleh diperbaharui.

Segala aktiviti pembangunan akan diselaraskan melalui Pusat Kecemerlangan EV yang akan beroperasi sebagai pusat sokongan lepas jualan, selain melaksanakan latihan, pembaikan, waranti, khidmat nasihat, komunikasi, pemasaran dan jalinan kolaborasi strategik dalam bidang berkaitan EV.

Dato' Madani Sahari, CEO MARii turut menerangkan, pusat kecemerlangan ini bakal menjadi platform penting dalam ekosistem EV, selain membawakan dimensi baharu kepada ekosistem MARii seperti MARii Design Centre, MARii Academy, MARii Simulation & Analysis Centre (MARSAC) dan National Emission Test Centre (NETC).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…