Perjanjian tersebut mensasarkan pembinaaan kira-kira 1,000 buah stesen pengecas di seluruh negara menjelang tahun 2025, selain membangunkan ekosistem yang berkaitan dengan EV.
Sehingga akhir September, para pemilik EV boleh mendapatkan perkhidmatan pengecasan pantas DC di lokasi berikut:
- Vision Motorsports, Kg Sg. Kayu Ara - pengecasan DC 40 kW 100A dan AC 22 kW
- Zaibar Automobile, Shah Alam - pengecasan DC 60 kW 200A dan AC 22 kW
- SRS Automobile, Kuching - pengecasan DC 60 kW 200A dan AC 22 kW
- Utama Motors, Jalan Ampang - pengecasan DC 40 kW 100A dan AC 22 kW
- Hamza Motors, Kg. Sungai Penchala - pengecasan DC 60 kW 200A dan AC 22 kW
Buat masa ini, tiga daripada lima fasiliti (Vision Motorsports, Zaibar Automobile dan Utama Motors) sudah pun lengkap dipasang dan dibuka kepada umum, sementara pemasangan pengecasan pantas DC di Nizra Group dan SRS Automobile sudah hampir selesai.
Menurut Zuhril Azhar Ibrahim dari Exicom Malaysia, dalam masa terdekat mereka akan memulakan pemasangan stesen pengecasan DC bagi rakan Pekema yang terletak di Kuantan, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Daripada sasaran 1,000 stesen pengecasan yang bakal dipasang, 10 peratus daripadanya akan dipasang di cawangan Pekema, sementara 30 peratus di lebuh raya dan selebihnya akan difokuskan kepada kawasan perumahan berkepadatan tinggi.
Buat masa ini, penggunaan fasiliti pengecasan adalah terbuka kepada mana-mana pemilik EV, dan kos penggunaan adalah percuma.
Sumber: Paultan