Parlimen Jerman tolak cadangan perkenal halaju maksimum untuk Autobahn

oleh HEZERI SAMSURI|
Autobahn, sistem lebuhraya di Jerman adalah satu-satunya lebuhraya di dunia yang mempunyai kawasan-kawasan yang tidak ada halaju maksimum.

Kebanyakan negara sudahpun meletakan had kelajuan maksimum untuk lebuhraya mereka. Negara-negara jiran Jerman contohnya sudah mengenakan halaju maksimum 130 kmsj untuk lebuhraya di dalam negara masing-masing tetapi Jerman nampaknya masih enggan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Khamis lalu, cadangan oleh Green Party di Jerman untuk memperkenalkan halaju maksimum untuk autobahn ditolak oleh majoriti ahli Parlimen negara itu.

Sebahagian besar jaringan lebuhraya autobahn tidak mempunyai halaju maksimum, tetapi di kawasan-kawasan yang sibuk, ia diwujudkan untuk sementara. 

Autobahn adalah tempat terakhir di dunia di mana anda boleh mencuba kelajuan kenderaan anda di jalanraya awam tanpa disaman.

Namun begitu, polis trafik tetap wujud di autobahn dan akan menahan pemandu atau penunggang motosikal yang dilihat memandu dengan cara merbahaya.

Antara kesalahan tersebut ialah mengikuti kenderaan hadapan terlalu hampir dan memotong mengikut lorong kiri dan kanan seperti berlumba.

Untuk rakyat Malaysia, keadaan fikizal lebuhraya dan juga minda pengguna yang masih kurang matang tidak akan memungkin gaya autobahn itu diperkenalkan.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…