Bilangan EV meningkat, kadar had laju Autobahn tidak berubah - Menteri Jerman

oleh Mohamad Hanif|
sumber: The Local Germany
Kerajaan Jerman tidak merancang untuk menaikkan had laju di lebuh raya terkenal Autobahn dalam masa terdekat.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah memperkenalkan had laju bukanlah satu keutamaan dasar buat masa ini, disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik di negara itu.

"Kelajuan adalah tanggungjawab peribadi rakyat, selagi pengguna lain tidak terancam.

"Harga tenaga yang tinggi pada ketika ini sudah pun menyebabkan ramai orang memandu dengan lebih perlahan. Dan dengan kenderaan elektrik, mereka tidak akan memandu dengan pantas disebabkan mahu menjimatkan kadar penggunaan tenaga bateri," ujarnya lagi.

Wissing turut bercadang untuk meluaskan jaringan lebuh raya bagi menampung kesesakan yang semakin kronik disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan.

"Pada tahun 2023, terdapat lebih 50 juta tan barangan untuk diangkut. Suka atau tidak, kadar trafik akan meningkat di jalan raya Jerman, dan kita harus menanganinya. Jika tidak, ekonomi akan terhenti dan kita akan kehilangan pekerjaan.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…
Berita Global
Namun, jika anda didapati memuat naik video pemanduan melebihi had laju, ia bakal menjadi bukti…