Ciri Drive Pilot - swapandu tahap 3 untuk S-Class & EQS, cuma RM23k sahaja di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz merupakan pengeluar pertama yang mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa bagi sistem pemanduan semi-autonomi Tahap 3 (SAE Level 3) untuk kereta-kereta produksi bersiri.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini dengan kos cuma €5,000 (RM23,005) sahaja untuk model-model S-Class dan kereta elektrik EQS.

Sistem Drive Pilot membolehkan pemanduan automasi bersyarat di mana sistem ini akan mengendalikan operasi pemanduan tanpa memerlukan input daripada pemandu.

Ini bermakna, kereta mampu memandu sendiri atas jaringan lebuh raya Jerman sepanjang 13,000 km pada kelajuan sehingga 60 km/j, atau terperangkap di dalam kesesakan trafik di mana pemandu boleh berehat, bekerja atau bermain permainan mudah alih di belakang stereng.

Sistem ini disokong dengan komponen seperti LiDAR, kamera, radar dan penderia ultrabunyi, serta sistem pemetaan dengan tahap kejituan dikira dalam unit sentimeter (cm).

Sekiranya berlaku sebarang masalah, sistem ini mampu 'menyerahkan' kawalan kembali kepada pemandu, dan sekiranya pemandu tidak memberikan respons dalam masa 10 saat, sistem ini secara automatik akan menghentikan kenderaan di tepi jalan dalam keadaan yang selamat kepada penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, sistem swapandu Tahap 3 tersebut hanya dibolehkan pada laluan yang telah ditetapkan, dan…