Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di dalam Tesla telah tertidur dengan sistem Autopilot diaktifkan menuju ke arah Bayreuth dari Bamberg.
Pegawai polis itu menyedari bahawa Tesla tersebut mengekalkan jarak yang sama dari kereta peronda pada persimpangan Viereth-Trunstadt ke persimpangan Bamberg-Hafen dengan kelajuan 110 kmj.
Setelah pegawai polis mendekati Tesla tersebut, mereka mendapati bahawa pemandu itu sedang tidur dengan kedudukan kerusi bersandar ke belakang sambil dipandu oleh sistem Autopilot.
Pegawai polis terus mengikuti Tesla tersebut selama 15 minit sehingga akhirnya pemandu tersebut terjaga dari tidur dan diarahkan berhenti.
Selepas Tesla itu ditahan dan keluar dari kereta, polis mendapati pemandu tersebut menunjukkan "keabnormalan tipikal dadah" semasa pemeriksaan.
Bukan itu sahaja, polis turut mengesan sejenis peranti pada bahagian kaki yang dikenali sebagai pemberat roda stereng, ianya dipercayai berfungsi untuk menipu sistem keselamatan Tesla supaya berfikir bahawa tangan pemandu berada di stereng semasa Autopilot diaktifkan.
Pejabat Pendakwa Raya Bamberg dilaporkan telah menyiasat pemandu Tesla tersebut atas kesalahan membahayakan lalu lintas jalan raya, pemandu itu juga tidak lagi dibenarkan memandu sehingga keputusan mahkamah selesai.
Sumber: insideevs