Panasonic jual semua pegangan dalam Tesla $3.61 bilion

oleh Mohamad Hanif|
Panasonic Corp diberitakan menjual kesemua pegangan di dalam syarikat kenderaan elektrik Tesla Inc bernilai $3.61 bilion (RM15 bilion), menurut jurucakap syarikat itu hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut diambil disebabkan syarikat konglomerat itu mahu mengurangkan kadar kebergantungan kepada Tesla, selain meningkatkan dana untuk pelaburan.

Panasonic membeli kepentingan di dalam Tesla bernilai $30 juta (RM124.68 juta) pada tahun 2010, dan nilai tersebut meningkat kepada $730 juta menjelang akhir Mac 2020.

Sejak daripada itu, nilai saham tersebut meningkat hampir tujuh kali ganda dan ditutup sehingga 3.5% kepada $679.82 setiap satu pada Khamis lalu.

Menurut Hideki Yasuda, pakar analisis Ace Research Institute menjelaskan, "impak aset kriptowang mungkin menyebabkan nilai saham Tesla melonjak naik pada ketika ini menjadikannya masa yang sesuai untuk dijual semula.

Penjualan saham tersebut walau bagaimanapun tidak akan menjejaskan hubungan sebenar Tesla dengan Panasonic.

Tesla sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Korea LG Energy Solution dan syarikat China CATL untuk membangunkan kilang bateri di Shanghai berdekatan dengan fasiliti produksi Tesla.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, lokasi sebenar fasiliti terbaharu Panasonic itu merupakan bekas kilang penghasilan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, bateri 4680 itu bakal mempunyai kapasiti storan tenaga…
Berita Global
Gergasi elektronik Jepun itu adalah salah satu pembekal utama bateri kepada Tesla dan Tsuga percaya…