Tesla dedah sel bateri 4680 - lebih besar, lebih kuasa dan lebih murah

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Battery Event tahun lalu, Tesla telah memperlihatkan model prototaip bateri silinder format 4680, dan kini, pengeluar bateri tersebut - Panasonic mendedahkan secara rasmi spesifikasi bateri yang bakal menjadi 'nadi' utama bagi kereta-kereta Tesla akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Automotive News, bateri 4680 itu bakal mempunyai kapasiti storan tenaga lima kali ganda lebih besar berbanding pek bateri Tesla sedia ada, dan kos pembinaan 50 peratus lebih murah.

Sebagai makluman, format 4680 merujuk kepada dimensi bateri yang digunakan, di mana ia mempunyai ukuran 46 mm x 80 mm.
 

4680


Saiz terbaharu ini sememangnya jauh lebih besar berbanding sel bateri yang digunakan oleh Tesla sebelum ini, dimana Model 3 dan Model Y menggunakan sel bateri 2170 sementara Model S dan Model X pula menggunakan sel bateri 18650 (sedikit besar berbanding bateri AA).

Model pertama Tesla yang bakal menggunakan format bateri baharu ini bakal diedarkan pada tahun depan.
 

Canoo


Selain Tesla, Panasonic juga turut membekalkan sel bateri untuk syarikat pemula EV Amerika, Canoo bagi model van/trak pikap elektrik yang dilengkapi pek bateri berkapasiti 80 kWh dan jarak pemanduan sejauh 402 km.

Menurut Canoo, mereka memilih bateri Panasonic disebabkan teknologi dan kebolehpercayaan yang telah terbukti.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Era baharu dalam sejarah BMW itu bakal dibuka pada tahun 2025 menerusi ketibaan platform baharu…
Berita Global
Sel bateri terbaharu yang dibangunkan oleh Porsche itu menggunakan anod silikon berbanding…