Panasonic umum bina kilang bateri EV terbesar di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Rabu lalu, Panasonic mengumumkan pelaburan bernilai $4 bilion bagi pembinaan kilang penghasilan sel bateri terbesar di dunia terletak di Kansas, Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, lokasi sebenar fasiliti terbaharu Panasonic itu merupakan bekas kilang penghasilan peluru berdekatan dengan bandar De Soto.

Menurut laporan Nikkei Asia, kilang baharu itu akan menghasilkan sel bateri berkapasiti tinggi untuk kegunaan Tesla, dan dijangka menyediakan sehingga 4,000 peluang pekerjaan kekal serta 16,500 pekerjaan pembinaan.

Selain daripada Panasonic, GM dan Ford juga turut mempunyai pelaburan tersendiri di dalam produksi EV dan bateri sejak kebelakangan ini.

GM telah melabur sebanyak $7 bilion untuk fasiliti Michigan, di mana sebahagiannya ($2.4 bilion) diperuntukkan untuk fasiliti EV dan bateri di luar Lansing, sementara Ford pula memperuntukkan sejumlah $29 bilion untuk tujuan elektrifikasi dan teknologi autonomi.

Sumber: Nikkei Asia menerusi Engadget

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, bateri 4680 itu bakal mempunyai kapasiti storan tenaga…
Berita Global
Langkah tersebut diambil disebabkan syarikat konglomerat itu mahu mengurangkan kadar kebergantungan…
Berita Global
Gergasi elektronik Jepun itu adalah salah satu pembekal utama bateri kepada Tesla dan Tsuga percaya…