Panasonic perlu berhenti bergantung pada Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Panasonic diminta untuk berhenti dari terlalu bergantung kepada syarikat kereta elektrik (EV) paling popular dunia, Tesla.

Itu adalah apa yang dihasratkan oleh CEO syarikat tersebut, Kazuhiro Tsuga yang bakal bersara pada 1 April nanti selepas sembilan tahun memegang jawatan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gergasi elektronik Jepun itu adalah salah satu pembekal utama bateri kepada Tesla dan Tsuga percaya sudah tiba masa Panasonic memasuki fasa seterusnya dan mengintai peluang-peluang pembekalan selain dari Tesla.

Panasonic ialah antara pembekal utama bateri kepada Tesla. Selain dari Panasonic, pembekal lain ialah LG Chem dari Korea dan CATL dari China.

Panasonic membekalkan bateri untuk kilang Tesla di Nevada sementara yang lain adalah untuk kilang Tesla di Shanghai.

Tesla pernah menyuarakan hasrat untuk menghasilkan bateri sendiri tetapi niat itu nampaknya senyap seketika kerana kesukaran untuk pembuatan berskala besar oleh syarikat tersebut.

Tsuga (gambar bawah, kiri) bakal digantikan oleh Yuki Kusumi (gambar bawah, kanan), yang sekarang ini memegang jawatan Ketua Bahagian Perniagaan Automotif untuk Panasonic.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, lokasi sebenar fasiliti terbaharu Panasonic itu merupakan bekas kilang penghasilan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, bateri 4680 itu bakal mempunyai kapasiti storan tenaga…
Berita Global
Langkah tersebut diambil disebabkan syarikat konglomerat itu mahu mengurangkan kadar kebergantungan…