Pakej Inisiatif Rahmah oleh Allianz tawar perlindungan terbaik untuk semua

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup baru-baru ini telah mengumumkan dua produk yang dinaik taraf di bawah Pakej 'Inisiatif Rahmah' untuk penunggang motosikal.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej tersebut merangkumi PerlindunganKu Allianz4All untuk perlindungan Kemalangan Diri dan Allianz MotorcyclePlus, yang merupakan perlindungan bagi Motosikal.

Ianya bertujuan untuk menyediakan pelan insurans mampu milik untuk semua rakyat Malaysia, di mana ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Insurans Rahmah oleh kerajaan.

PerlindunganKu Allianz4All yang dipertingkatkan di bawah Inisiatif Insurans Rahmah merupakan pelan insurans kemalangan diri mampu milik dengan perlindungan masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM50,000 bagi Pelan 1 dan Pelan 2.

Ianya menawarkan bayaran RM50 atau RM100 sehari, sehingga 30 hari, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke Hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan, bergantung kepada pelan yang dipilih.

Dua manfaat baharu, iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan di Hospital Kerajaan bagi mereka yang mengalami kemalangan atau penyakit di fasiliti masing-masing sehingga RM500 dan RM750 bagi Pelan 1 dan 2 telah ditambah.

Terdapat juga bayaran sekaligus sebanyak RM500 dan RM750 untuk Pelan 1 dan 2 sekiranya berlaku pemindahan banjir.

Manfaat baharu ditambah tanpa kos tambahan, dengan premium bagi Pelan 1 dan Pelan 2 masih dikekalkan masing-masing pada RM53.00 dan RM79.50 setahun (termasuk Cukai Perkhidmatan).

 

2

 

Produk kedua di bawah Pakej Inisiatif Insurans Rahmah ialah Allianz MotorcyclePlus, di mana ia menyediakan perlindungan untuk motosikal dengan kapasiti 250cc dan ke bawah.

Semua pemegang polisi Allianz MotorcyclePlus layak menerima faedah tambahan termasuk perlindungan kemalangan jalan raya sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng apabila kematian atau hilang upaya kekal.

Ia juga termasuk perlindungan Pendapatan Hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng.

Selaras dengan inisiatif Insurans Rahmah, Allianz Malaysia juga menawarkan bayaran sekaligus untuk Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos tambahan di samping faedah sedia ada untuk pemegang polisi Allianz MotorcyclePlus.

Di samping itu, pemegang polisi Allianz MotorcyclePlus Comprehensive berhak mendapat perlindungan lanjut termasuk perlindungan penuh untuk bencana khas (banjir, taufan, tanah runtuh dan lain-lain) dan bantuan tepi jalan sehingga 50km bagi setiap jarak perjalanan pergi dan balik.

Untuk membeli dan maklumat lebih lanjut mengenai dua insurans tersebut, sila layari laman web berikut:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…