Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi lancar inisiatif jimat kos

oleh Mohamad Hanif|
Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance baru-baru ini mengumumkan inisiatif penjimatan kos yang bakal menyaksikan penjimatan sehingga €2 billion untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Langkah ini juga menyaksikan pengurangan daripada tujuh platform sedia ada yang dikongsi antara Renault-Nissan-Mitsubishi kepada empat platform utama, dimana platform CMF dari Renault bakal menjadi asas kepada majoriti model kenderaan di dalam pakatan.

Ini bermakna, strategi baharu ini akan menyeragamkan produksi kesemua model kenderaan selain menggalakkan perkongsian enjin, teknologi casis, panel badan serta sistem infotaimen.

Nissan dikatakan akan menjadi peneraju kepada pembangunan trenkuasa elektrik dan teknologi pemanduan autonomi, manakala Mitsubishi pula akan mengendalikan pembangunan teknologi plug-in hybrid yang menjadi 'makanan' pengeluar itu selama ini.

Menerusi langkah terbaharu ini, Renault, Nissan dan Mitsubishi mensasarkan penguasaan pasaran global dengan pengurangan sehingga 20 peratus daripada model sedia ada.

 


Menurut Jean-Dominique Senard, pengerusi barisan operasi Alliance menggelarkan langkah produksi ini sebagai skema "pemimpin/pengikut" di mana salah sebuah daripada pengeluar akan membangunkan sebuah kenderaan terlebih dahulu manakala dua pengeluar lagi menggunakannya sebagai asas untuk model tersendiri.

Ketiga-tiga pengeluar itu mensasarkan separuh daripada barisan penawaran model mereka menggunakan skema tersebut menjelang tahun 2022.

Malah, selepas tahun 2025, Nissan diberikan tanggungjawab untuk mengetuai pembangunan SUV Segmen C dari Alliance, manakala Renault pula mengepalai pembangunan crossover segmen B trio tersebut.

Selain daripada itu, Alliance juga sedang merancang untuk membangunkan platform kenderaan elektrik kompak seragam yang bakal menyatukan model-model EV dari Renault dan Nissan ke dalam satu platform tunggal.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di Yokohama, Jepun, Renault, Nissan dan Mitsubishi telah mengadakan mesyuarat Alliance…
Berita Global
Memetik dua sumber yang tidak bernama, Reuters melaporkan Renault telah pun menghantar ketua…
Berita Global
Malah, penganalisa LighStream Research, Mio Kato berpendapat, gabungan Nissan-Honda bakal…