Nissan, Renault bakal umum perjanjian pakatan baharu - Laporan

oleh Mohamad Hanif|
Nissan dan Renault dilapor akan membuat pengumuman berkenaan penstrukturan semula pakatan antara kedua-dua jenama tersebut.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit kenderaan elektrik Renault, iaitu Ampere, di mana pengeluar tersebut menyasarkan pegangan kurang daripada 10 peratus berbanding maksimum 15 peratus seperti yang diumumkan Februari lalu.

Di bawah rangka kerja terdahulu, Nissan akan mengambil sehingga 15 peratus pegangan di dalam Ampere, manakala Renault pula mahu mengurangkan pegangan 43 peratus mereka di dalam Nissan.

Namun begitu, perjanjian yang sepatutnya dimuktamadkan pada Mac lalu tidak kesampaian apabila beberapa pengarah dan eksekutif kanan Nissan mencabar peruntukan terperinci perjanjian, manfaat serta perlindungan harta intelek pengeluar Jepun tersebut.

Menurut tiga sumber yang rapat dengan perkara tersebut mendakwa Nissan dan Renault dijangka akan membuat pengumuman berkenaan hal tersebut dalam tempoh beberapa hari.
 

Ampere


Nissan dalam satu kenyataan menjelaskan, "Nissan dan Renault sedang dalam perbincangan yang membina dan berterusan. Kami akan membuat kenyataan apabila perjanjian tersebut dimuktamadkan.

Sementara itu, Renault enggan untuk memberikan sebarang penjelasan.

Sementara itu, lembaga pengarah Nissan sedang menyiasat dakwaan di mana ketua eksekutifnya, Makoto Uchida telah melakukan pengintipan terhadap bekas timbalannya Aswani Gupta disebabkan pendiriannya yang bertentangan dengan perjanjian baharu yang dibuat Nissan bersama Renault.

Menurut sumber, terdapat dakwaan di mana ada pihak yang telah memasang kamera di luar rumah Gupta untuk memantau pergerakan beliau.

Gupta yang dilihat sebagai calon CEO Nissan meletakkan jawatannya pada akhir Jun yang lepas, dan tempatnya tidak akan digantikan oleh sesiapa di bawah penstrukturan semula syarikat berkenaan.

Sumber: Reuters melalui CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Fungsi itu membolehkan pengguna memeriksa dan membalas pesanan yang diterima pada telefon…
Berita Global
  Satu lagi pilihan ialah enjin 1.0 liter tiga silinder naturally-aspirated berkuasa 72 bhp dan…
Berita Global
  Muka depan mengingatkan kepada Terrano dan nama tersebut sebenarnya diguna di pasaran lain…