Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi umum 35 EV baharu menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan peralihan kepada fasa transformasi ke arah perniagaan bebas karbon setelah penstrukturan semula besar-besaran dibuat pada Mei 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi pelaburan besar bernilai $25 bilion (RM105 bilion), ketiga-tiga syarikat itu akan membangunkan dan melancarkan tidak kurang daripada 35 buah kenderaan elektrik baharu menjelang 2030.

Daripada jumlah tersebut, 90 peratus daripadanya akan dibangunkan berdasarkan lima platform utama yang dibangunkan bersama, seperti berikut:

  • CMF-AEV - platform EV paling mampu milik, seperti Dacia Spring
  • KEI-EV - platform untuk kereta-kereta kompak seperti keicar
  • LCV-EV - platform kenderaan komersial. Contoh: Renault Kangoo dan Nissan Town Star
  • CMF-EV - platform global yang fleksibel. Contoh: Nissan Ariya EV, Renault Megane E-Tech
  • CMF-BEV - platform baharu, bakal dilancarkan 2024

Daripada lima platform yang dinyatakan tadi, pelantar CMF-EV bakal melahirkan lebih daripada 15 buah model, dengan sasaran produksi sebanyak 1.5 juta kenderaan setahun.

Sementara platform CMF-BEV pula merupakan platform serba baharu yang bakal dilancarkan pada tahun 2024, dengan jarak operasi mencapai 400 km dan sasaran produksi 250,000 unit setahun.
 

EV


Antara model yang bakal lahir daripada platform CMF-BEV ini termasuklah Renault R5 serta sebuah model EV kompak yang bakal menggantikan Nissan Micra.

Pakatan itu juga mahu menyelaraskan komponen dari para pembekal yang sama demi mengurangkan kos bateri sebanyak 50 peratus menjelang 2026 dan 65 peratus menjelang 2028.

Dengan pendekatan ini, Renault-Nissan-Mitsubishi bakal mencapai kapasiti produksi bateri berjumlah 220 GWh menjelang tahun 2030.

Masih lagi menyentuh perihal kenderaan elektrik, ketiga-tiga jenama itu turut berazam untuk memulakan produksi massa bateri jenis solid state (All-Solid-State-Battery, ASSB) menjelang pertengahan tahun 2028 dengan ketumpatan tenaga dua kali ganda berbanding bateri lithium-ion, dan masa pengecasan yang mampu disingkatkan.

Selain daripada itu, antara perkara yang turut ditekankan adalah sistem pemanduan autonomi di mana mereka mensasarkan lebih daripada 10 juta kenderaan dilengkapi dengan sistem swapandu menjelang 2026.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…
Berita Global
Serentak dengan itu, Mitsubishi turut mendedahkan imej acah model Colt yang bakal muncul pada tahun…
Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…