Pajero Sport - tak masuk Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Pajero Sport, SUV 7-tempat duduk yang menggunakan platform Triton itu tidak akan masuk ke pasaran tempatan.

Pajero Sport generasi pertama pernah dijual di Malaysia tetapi generasi kedua ini masih tidak akan diperkenalkan di sini.

Menurut sumber Careta, Mitsubishi Motors Malaysia masih belum menemui harga yang sesuai untuk pasaran model tersebut bagi pasaran tempatan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Pajero Sport dijual di Thailand dengan harga bermula dari Thai Baht 1.3 juta atau RM173,000.

Untuk masuk ke Malaysia, harga selepas cukai-cukai dan matawang Baht yang semakin kukuh itu akan menjadikan Pajero Sport terlalu mahal untuk menjadikan ia satu produk yang menguntungkan.

Namun begitu, Mitsubishi Malaysia akan memperkenalkan sebuah MPV mampu-milik dalam tahun ini.

Careta akan melaporkan jika ada informasi terbaharu berkaitan kedua-dua produk tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Van istimewa itu diasaskan daripada varian Delica D:5 P dengan kelengkapan luaran dan dalaman…
Berita Global
Sejak dilancar pada 2011 dan sehingga penghujung Oktober 2023, Minicab-MiEV telah terjual sekitar…
Berita Global
Jawapannya, ketiga-tiga model tersebut melayakkan Mitsubishi Motors untuk merangkul anugerah Good…