Opel Rocks-e Kargo - EV kecil untuk kegunaan rider makanan, kurier

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda pada model kereta mikro Citroen Ami yang sangat comel itu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Eropah, ia ada dijelmakan semula sebagai Rocks-e oleh Opel sebagai tambahan ke dalam keluarga Sustainable Urban Mobility (SUM), dan kini ia didatangkan dalam versi Kargo.
 

Opel


Tidak seperti model Rocks-e, Opel Rocks-e Kargo ini direka untuk penghantaran barangan seperti makanan atau kurier pada jarak dekat tanpa mencemarkan alam sekitar, dengan ruang kargo fleksibel sebesar 400 liter.

Disebabkan ruang kargo yang boleh dilaraskan, Rocks-e Kargo mampu memuatkan barangan sepanjang 1.2 meter, dengan had beban seberat 140 kg sahaja.

Malah, disebabkan klasifikasinya sebagai kuadrisikal di Eropah, ia tidak memerlukan lesen memandu.
 

Rocks-e


Sama seperti Rocks-e, Rocks-e Kargo didatangkan dengan motor elektrik berkuasa maksimum 12 hp, dengan pek bateri 5.5 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sejauh kira-kira 75 km untuk sekali cas penuh.

Masa pengecasan hanyalah sekitar 4 jam sahaja sekiranya menggunakan soket standard di rumah.

Sebagai makluman, kembarnya Citroen Ami boleh didapati dalam beberapa cara, seperti pembelian tunai, khidmat sewa jangka panjang, atau perkhidmatan perkongsian kenderaan mengikut tempoh penggunaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta…
Berita Global
  Harga bagi sebuah Opel Corsa-e adalah S$160,000 setiap satu dan kos yang akan ditanggung…
Berita Global
  Model yang dibina daripada Corsa-e akan dipertontonkan buat kali pertama di khalayak ramai pada…