Opel Astra GSe Sports Tourer - wagon sporti dengan trenkuasa PHEV 222 hp, 360 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh beberapa minggu selepas melancarkan sub-jenama baharu GSe (Grand Sport Electric), Opel baru-baru ini melancarkan model baharu Astra GSe yang boleh didapati dalam dua versi, iaitu hatchback lima pintu dan wagon Sports Tourer.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta sistem trenkuasa plug-in hybrid yang diperoleh daripada kumpulan Stellantis.
 

Opel


Penampilan yang sporti itu disumbangkan oleh penggunaan rim aloi ringan bersaiz 18 inci yang diinspirasikan daripada model konsep Manta GSe, sirip berwarna hitam, serta logo GSe khas.

Untuk ruang kabin pula, Opel telah memasang sepasang tempat duduk jenis bucket balutan Alcantara, kokpit digital Pure Panel yang terdiri daripada skrin berkembar 10 inci.
 

Opel


Sebut pasal trenkuasa, Opel Astra GSe ini tampil dengan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) yang turut sama digunakan pada model Peugeot 308 yang menghasilkan angka output gandingan 222 hp dan 360 Nm.

Ia terdiri daripada enjin 1.6 liter turbo PureTech dengan angka output 177 hp, dipadankan dengan motor elektrik tunggal menghasilkan 109 hp dan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.

Lebih penting, model Astra GSe ini didatangkan dengan tetapan casis yang lebih sporti, menawarkan keseimbangan dari segi keselesaan dan dinamik pemanduan, seperti 10 mm lebih rendah, penggunaan spring unik, peredam minyak Koni FSD, sistem stereng yang telah dikalibrasi semula dan tetapan ESP yang berbeza.
 

Opel


Angka prestasi tidak didedahkan oleh Opel, namun syarikat itu menjelaskan model ini mampu menawarkan kestabilan di selekoh dan pemanduan kelajuan tinggi di Autobahn yang lebih baik berbanding model pesaingnya.

Harga jualan juga masih lagi belum diumumkan secara rasmi, dan besar kemungkinan ia bakal ditawarkan lebih mahal berbanding varian-varian Astra yang lebih rendah.
 

Opel


Opel sebelum ini mengumumkan langkah untuk menjadi pengeluar EV 100 peratus menjelang tahun 2028, dan ini bermakna model-model GSe akan datang bakal menjadi model kenderaan elektrik sepenuhnya tanpa kehadiran enjin pembakaran dalaman (ICE).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…