Harga bagi sebuah Opel Corsa-e adalah S$160,000 setiap satu dan kos yang akan ditanggung syarikat dianggarkan berharga kira-kira S$80 juta.
Pengumuman BlueSG telah dikongsi di Facebook syarikat pada 24 September yang menampilkan gambar liveri syarikat pada Opel Corsa-e baharu.
Jurucakap BlueSG telah memaklumkan kepada ST bahawa "200 atau lebih" kereta Opel serba baharu sedang dalam perjalanan.
Sekiranya perancangan BlueSG ini berjaya, syarikat akan memiliki kira-kira 1,000 kereta secara keseluruhan sebelum berakhir tahun 2022 ini.
Buat masa ini terdapat 800 BlueCars, kereta kompak dengan dua pintu di jalan raya di Singapura.
Pada bulan Februari 2021, BlueSG mempunyai kira-kira 650 kereta di atas jalan raya di Singapura dan ST pernah melaporkan 250 lagi kereta diperkenalkan secara beransur-ansur kemudiannya.
Walaupun BlueCars berasal dari Itali tetapi Opel Corsa-e adalah buatan negara Sepanyol dan didatangkan dengan empat pintu.
Pada Oktober 2021, Goldbell telah mengambil alih BlueSG daripada Perancis Bollore Group.
Kereta Opel Corsa-e baharu ini diperkenalkan setelah hampir setahun Goldbell mengambil alih syarikat.
Walau bagaimanapun ST melaporkan bahawa BlueSG adalah satu perniagaan yang merugikan.
Tetapi Goldbell percaya mereka akan mengubah keadaan dan akan menambah pelaburan sehingga S$70 juta sehingga tahun 2026.
Apa yang pasti kadar sewa untuk Opel Corsa-e adalah lebih tinggi dari sebelumnya kerana ia didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih canggih!