Öhlins mahu dibeli syarikat US

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama sistem gantungan terkenal dunia, Öhlins kini dilamar oleh Tenneco Inc dengan harga US$160 juta.

Öhlins Racing AB, syarikat berasal dari Sweden itu memang dikenali di seluruh dunia sebagai pembuat sistem gantungan dan peredam hentakan (shock absorber) berprestasi tinggi untuk basikal, motosikal dan juga kenderaan empat roda.

Teenco mahu memiliki majoriti saham Öhlins sementara bakinya dimiliki oleh pemilik dan juga pencipta Öhlins, Kenth Öhlin.

Öhlins beribu pejabat di Upplands Vasby, Sweden turut mempunyai pejabat di Thailand, Jerman dan di US.

Tenneco sebelum ini pernah memiliki syarikat sistem gantungan Itali, Marzocchi yang kemudiannya telah dijual ke VRM, satu syarikat automotiv yang berasal dari Itali juga.

Tenneco dijangka akan menggunakan teknologi Öhlins dalam sistem gantungan kawalan elektronik dan juga sistem gantungan separa-aktif.

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Lesen juga menjadi satu faktor, bagi yang malas mengambil lesen B penuh seperti penulis, pastinya…
Berita Domestik
Ia merupakan satu-satunya model sports bike bersesaran 250 cc yang didatangkan dengan sistem…
Aksesori Motosikal
Terdiri daripada kit fork hadapan dan unit suspensi belakang serba baharu, penawaran terbaharu ini…