Öhlins tawar naik taraf sistem suspensi khusus buat Honda CB500X

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik Honda CB500X kini boleh menikmati prestasi tunggangan yang lebih menyerlah tidak kira apa juga permukaan bumi yang dilalui, terima kasih kepada penawaran terbaharu daripada syarikat pembuat suspensi Öhlins.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdiri daripada kit fork hadapan dan unit suspensi belakang serba baharu, penawaran terbaharu ini dilihat mampu memaksimumkan lagi karakteristik motosikal yang diinspirasikan daripada Honda Africa Twin. 
 


Naik taraf kit fork hadapan (no. komponen: FSK 149) merangkumi penggantian top caps dengan pelarasan pra-muatan spring luaran untuk opsyen kustom, manakala spring berkadaran prestasi tinggi pula mampu dimuatkan dengan senang ke dalam ruang sedia ada. 

Kit di atas mampu menambah baik keupayaan mengambil selekoh dan menjamin kestabilan terutama ketika fasa pembrekan. 
 


Manakala suspensi belakang Öhlins (no. komponen: HO 916) pula merupakan komponen tunggal S46HR1C1 menampilkan STX Monotube dengan rekaan gas bertekanan tinggi dengan takungan terpencil. 

Ia juga turut menyediakan penyesuaian penuh terhadap kadar mampatan lambungan dan mampatan, serta pra-muatan spring yang memberikan kadar tunggangan yang lebih baik, dan lebih stabil. 

Bagi mereka yang kerap memuatkan CB500X dengan barangan yang berat dan pembonceng, terdapat spring alternatif yang dikhususkan untuk tujuan tersebut. 

Kedua-dua kit suspensi hadapan dan belakang Öhlins ini didatangkan dengan jaminan lengkap dua tahun dan boleh didapati di kesemua rangkaian pengedar Öhlins yang berdekatan. 

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Lesen juga menjadi satu faktor, bagi yang malas mengambil lesen B penuh seperti penulis, pastinya…
Berita Domestik
Ia merupakan satu-satunya model sports bike bersesaran 250 cc yang didatangkan dengan sistem…
Telah Diuji
Jangan tiru aksi ini di jalan awam. Penggambaran dilakukan di jalan tertutup.   Dengan…