Tunggang uji: 5 sebab Ninja 250 Öhlins Edition sportbike terbaik untuk pemegang lesen B2

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penulis yakin ramai dikalangan pembaca yang masih tertanya-tanya tentang pemilihan sesuai bagi mereka ingin menaik taraf gaya tunggangan dari kapcai ke sportbike.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lesen juga menjadi satu faktor, bagi yang malas mengambil lesen B penuh seperti penulis, pastinya naik taraf tunggangan dikuasakan enjin yang tidak melebihi 250 cc.

Walaubagaimanapun, pemilihan yang tersedia masih banyak dan sukar untuk ditentukan, dan antara yang boleh dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai permulaan ialah Modenas Ninja 250 Öhlins Edition.

 

2

 

Dilancarkan pada bulan November tahun lalu, Ninja 250 Öhlins Edition dilengkapi dengan sistem suspensi belakang Öhlins jenis KA 744 STX 36 Supersports yang boleh dilaraskan.

Ada beberapa aspek yang perlu dilihat sebelum anda memilih pembelian yang sesuai agar tidak menyesal di kemudian hari, dan kali ini penulis kongsikan.

Berikut merupakan 5 sebab mengapa Modenas Ninja 250 Öhlins Edition merupakan pilihan terbaik pemula yang mahu berjinak dengan sportbike.

 

1. Antara enjin 250cc paling berkuasa

3

 

Dengan spesifikasi asas yang masih sama, Ninja 250 Öhlins Edition dikuasakan enjin parallel-twin 249 cc yang mampu menghasilkan 36.9 hp @ 12,500 rpm dan daya kilas 23.0 Nm @ 10,000 rpm.

Walau tidak segah ZX-25R yang dikuasakan 4 silinder sebaris, Ninja 250 masih mampu memberikan kuasa yang diperlukan sama ada mengunggang di jalan berselekoh atau lurus.

Enjin yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, bersama bantuan klac Assist & Slipper itu meningkatkan lagi keyakinan menunggang dan memecut.

 

2. Gaya tunggangan tidak terlalu agresif

4

 

Ini merupakan antara faktor yang penting, terutama sekali bagi mereka yang sudah biasa menunggang kapcai, bagi kebanyakan sportbike di pasaran, gaya atau kedudukan menunggang ditawarkan ada yang terlalu agresif.

Sekaligus menyebabkan tunggangan dengan jarak jauh menjadi tidak begitu selesa, ditambah dengan kelajuan yang terhad dengan kuasa oleh enjin 250 cc.

Ninja 250 boleh dikatakan sebagai antara sportbike yang paling selesa untuk ditunggang, dengan kedudukan yang tidak terlalu menunduk, ditambah dengan kelebaran tempat duduk yang cukup selesa walaupun penunggang berbadan besar.

 

3. Kendalian terbaik dalam kelasnya

5

 

Bagi sebuah sportbike yang dilengkapi dengan fairing penuh, kendalian pastinya akan menjadi satu masalah kepada kebanyakan pemula.

Untuk sebuah sportbike, Ninja 250 merupakan antara model yang mudah dikendalikan walaupun jika anda baru sahaja mula menunggangnya, terutama sekali apabila menghadapi kesesakan jalan.

 

4. Top speed secukup rasa

6

 

Ya, pastinya ini menjadi salah satu soalan penting kepada orang ramai walaupun tiada niat untuk membeli.

Untuk Ninja 250 Öhlins Edition ini, kelajuan rasmi yang penulis berjaya capai adalah selaju 175 kmj dibantu dengan sedikit tunduk udang.

Sudah tentu ianya mencukupi bagi sebuah sportbike yang dikuasakan oleh enjin dengan 2 piston dari kilang, yang mampu menjerit sehingga 11,500 rpm pada kelajuan tertingginya.

 

5. Monoshock Öhlins KA 744 STX 36 Supersports datang dari kilang!

7

 

Sebab yang kelima dan terakhir penulis ingin berikan, tentu sekali pada namanya, dimana ia dilengkapi sistem suspensi monoshock Öhlins KA 744 STX 36 Supersports pada bahagian belakang, asli dari kilang!

Bagi mengubati kesedihan tidak dilengkapi fork jenis USD di depan, monoshock belakang jenama Öhlins yang bernilai lebih RM3,000 itu didatangkan dari kilang, terhad untuk 180 unit sahaja.

Dengan dilengkapi monoshock jenama Öhlins ianya pasti dapat meningkatkan keselesaan menunggang mengikut kesesuaian, dan memberikan lebih keyakinan apabila melayan selekoh.

 

8

 

Öhlins KA 744 STX 36 Supersports yang ditawarkan itu didatangkan dengan tiga jenis tetapan iaitu pelarasan ketinggian, pelarasan mampatan dan pelarasan lantunan semula.

Dihasilkan sebanyak 180 unit, Modenas Ninja 250 Öhlins Edition dijual pada harga bermula RM20,500 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Modenas Ninja 250 Öhlins Edition sememangnya antara model yang harus dipertimbangkan dengan ciri dan pakej berbaloi yang ditawarkan, khusus untuk mereka yang mencari sportbike dengan hanya lesen B2.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan satu-satunya model sports bike bersesaran 250 cc yang didatangkan dengan sistem…
Berita Domestik
Dalam satu temubual ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan bertempat di…
Berita Domestik
Dan dalam satu temuramah yang dijalankan bersama CEO Modenas, Roslan Roskan ketika pengumuman NAP…