Modenas Ninja 250 Öhlins Edition, 180 unit, harga RM20,500

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) baharu sahaja memperkenalkan model edisi terhad Modenas Ninja 250 Öhlins Edition.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ia merupakan satu-satunya model sports bike bersesaran 250 cc yang didatangkan dengan sistem suspensi belakang Öhlins jenis KA 744 STX 36 Supersports yang boleh dilaraskan.

Menurut Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, "Dengan padanan baharu ini, motosikal akan menjadi lebih stabil terutama ketika memasuki selekoh.
 

Ohlins


"Walaupun pada situasi penunggang memulas pendikit minyak atau menekan brek secara mengejut di kawasan yang tidak rata, motosikal akan tetap stabil. Ia akan menjadi satu kelainan di dalam segmennya."

Modenas turut mendatangkan jaminan waranti penuh dari pengilang.
 

Ninja


Spesifikasi asas jentera 250 cc ini masih tidak berubah, di mana ia didatangkan dengan nadi parallel-twin 249 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 36.9 hp @ 12,500 rpm dan daya kilas 23.0 Nm @ 10,000 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan, serta bantuan klac Assist & Slipper.

Kapasiti tangki bahan api sebesar 14 liter sementara ketinggian pelana adalah sekitar 795 mm.

Dihasilkan dalam 180 unit sahaja, Modenas Ninja 250 Öhlins Edition dijual pada harga bermula RM20,500 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengenalan logo baharu itu selaras dengan tumpuan Modenas terhadap pengembangan global, teknologi…
Berita Domestik
Tetapi ini mungkin ramai rakyat Malaysia tidak tahu, bahawa Kawasaki Ninja ZX-6R juga kini dipasang…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…