Nissan Z baharu bakal hadir dengan penawaran upholsteri biru?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas gambar Nissan 400Z yang tertiris beberapa minggu yang lalu, beberapa keping gambar yang diperoleh daripada forum Nissan Z Club mencadangkan penawaran upholsteri yang bakal dibawakan oleh Nissan pada model Z terbaharu ini.
Modenas

Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang dibaluti kulit berwarna biru, diikuti dengan konsol tengah serta seksyen bawah papan pemuka yang turut didatangkan dalam warna serupa.

 


Menurut komen yang diperoleh daripada Nissan Z Club mendapati penawaran warna biru itu dilihat menyerupai opsyen upholsteri yang ditawarkan pada model asal 240Z.

Harus diingatkan, model Z yang dipaparkan ini merupakan unit pra-produksi yang menampakkan kemasan yang agak kasar, penggunaan plastik yang berkilat, serta jurang antara panel yang dilihat terlalu besar.

 


Berdasarkan beberapa informasi yang diperoleh, model kereta sports pacuan roda belakang terbaharu ini bakal diberikan nama sebagai Nissan Z sahaja, menampilkan enjin VR30DDTT 3.0 liter yang menghasilkan 400 hp dan 475 Nm.

Pembeli boleh mendapatkan padanan transmisi manual enam kelajuan atau kotak gear automatik dengan sembilan nisbah kelajuan yang disumberkan oleh Mercedes-Benz.

 


Dengar cerita, Nissan Z generasi baharu (Z35) akan dilancarkan lewat tahun ini.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti namanya, Nissan Proto Z merupakan gambaran yang paling hampir kepada versi produksi yang…
Berita Global
Berdasarkan informasi yang diperoleh sebelum ini, Nissan bakal memuatkan nadi V6 3.0 liter turbo…
Berita Global
Ini turut diperkuatkan dengan pendaftaran tanda dagang 'Z' yang telah dibuat oleh Nissan sebelum…