Nissan Safari Rally Z Tribute, inspirasi daripada jentera rali Datsun 240Z

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara SEMA 2023 yang bakal berlangsung kelak, Nissan akan membawakan sebuah jentera rali yang memberikan penghormatan kepada model Datsun 240Z yang telah memenangi East African Safary Rally tahun 1971 dan 1973.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan lampu bantuan pada bampar, hud enjin dan tapak tiang A, diikuti skid plate dan hud enjin berwarna hitam.

Sistem gantungan kustom KW Safari telah berjaya meninggikan jarak lega bumi sebanyak 2 inci.
 

rally


Komponen suspensi seperti lengan kawalan atas, rod pengikat luar, pautan hujung depan dan belakang, pautan tengah belakang dan lengan cengkaman belakang kesemuanya boleh dilaras mengikut keadaan pemanduan semasa.

Keempat-empat sudut dipasangkan rim bersaiz 17 inci dengan balutan tayar off-road Yokohama Geolandar M/T G003.
 

Z


Ruang kabin pula membawakan tempat duduk Recaro Pole Position, sistem abah-abah empat poin, peta laluan East African Safari Rally serta kelengkapan bacaan masa retro.

Difahamkan, enjin asal 3.0 liter V6 itu telah diberikan talaan oleh AMS yang mampu menghamburkan kuasa melebihi 400 hp, serta beberapa barangan Nismo seperti klac cakera berkembar, flywheel, penukar haba, sistem kemasukan udara sejuk, pelindung enjin gentian karbon dan sistem ekzos cat-back.
 

Z


Nissan juga bakal mempamerkan sebuah replika jentera rali Datsun 240Z yang dipinjamkan daripada seorang pengumpul pada acara SEMA itu nanti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…
Sukan Bermotor
Sebagai makluman, GR Starlet ini sebenarnya menggunakan asas daripada Toyota Glanza generasi…
Berita Global
Iriz RX ini akan dikendalikan oleh bekas juara Rallycross British, Ollie O'Donovan yang akan…